Masalah Kesihatan Sering Berlaku Semasa
Berpuasa
Kehadiran bulan ramadhan pasti ramai akan
memikirkan pemakanan serta penjagaan kesihatan bagi memastikan ibadah puasa
dapat di laksanakan dengan sempurna tanpa sakit atau halangan kesihatan.
Disini nak kongsikan beberapa halangan
kesihatan yang kerap dan dikatakan popular la dikala ramadhan.
1.Pedih ulu hati.
Ini antara yang paling kerap berlaku semasa
ramadhan. Ini kerana mind set kita dah set time makan. Bila tiba waktu makan
yang biasanya kita akan berfikir tentang makanan, otak akan menghantar isyarat
di bahagian perut untuk menghasilkan asid yang boleh menyebabkan pedih ulu
hati.
Ini macam signal yang kita selalu dapat bila
lewat makan.
Untuk atasi masalah tersebut buangkan
pemikiran terhadap makanan dan banyakkan aktiviti dalaman jangan pulak pergi buat aktiviti luar. Buat aktiviti dalaman seperti bacaan buku, Al-Quran, Zikir sewaktu siang hari.
Selain itu pemilihan makanan semasa bersahur
dan berbuka juga menyumbang kepada masalah pedih hulu hati. Pilih maknanan yang
mudah dihadam, elakkan makanan berlemak dan berminyak. Makanan berminyak dan
berlemak akan menjadikan pedih ulu hati dan ketidak hadaman. Oleh yang demikian
, pilihlah makanan yang sihat dan mudah dihadam ketika bersahur.
2. Dehidrasi.
Bagaimana kita boleh tahu keperluan air dalam
tubuh itu cukup atau tidak? Mari kita belajar serba ringkas warna air kencing.
Jika air kencing berwarna keruh ia menunjukkan bahawa air dalam badan tidak
mencukupi.
Kekurangan air menyebabkan kadar metabolism badan
berkurangan. Bagi mengelakkan masalah dehidrasi disarankan mengambil air
sebanyakkan sekurang-kurangnya 2 liter bgi menyingkirkan toksik dalam badan. >> Klik untuk atasi masalah dehidrasi
![]() |
Tips Minum 8 Gelas Air di Bulan Puasa |
Sumber Tips Minum air dari FB KKM
3. Sakit
kepala
Jika anda punyai masalah kekurangan air, ini
adalah salah satu punca sakit kepala. Oleh yang demikian pastikan air diambil
sebanyak yang boleh.
Selain dari kekurangan air. Pemakanan dan
cara hidup juga menyumbang kepada masalah sakit kepala. Sebagai contoh :
·
Pengambilan
kafein
· Kekurangan glukos
·
Kurang
tidur
·
Menghisap
rokok (Boleh try berhenti atau kurangkan bermula puasa ni)
4. Sembelit juga mudah berlaku kerana meminum
air secukupnya dan kurang mengambil serat (fiber) dalam pemakanannya. >> Klik untuk atasi masalah sembelit.
5. Batuk
dan pecah mulut juga disebabkan oleh cuaca yang panas, dan kurang minum air
semasa berbuka.
5. Pecah mulut juga disebabkan oleh cuaca yang panas, dan kurang minum air semasa berbuka.
No comments:
Post a Comment